Friday, February 12, 2010

Apa Nak Jadi Ni???

Salam semua...
Salam 1Malaysia...
yes...semalam kiter semua digemparkan dengan kisah...
bayi malang yang meninggal dan dibuang di depan masjid..
sangat sedih...biler bayi yang tidak bersalah diperlakukan begitu...
dier orang ni tak sakit ker beranak...
wei...beranak tue sakit tau...
ni yang ader sorang nk ader yang no 2 pun pikir berjuta kali...
ni beranak senang - senang jer nak buang..
bayi@anak tue adalah amanat dari Allah SWT...
kalau amanat tue tak reti dijaga...
tak payah la jadi Khalifah bumi....
anyway....
ni ader satu beri lagi ni...di Tangkak...
Ustaz cabul 8 budak darjah empat...
mase tengah belajar mengaji tue...
tak ke nak jer sepak muka mamat tue...
hilang akal ape....
ilmu yang dituntut selame tue semua sia - sia...
rahsia terbongkar mase budak2 tue buat report kat kaunselor..
ambik ko...
semua may ayah budak - budak tue dah buat report polis dan sedang disiasat...
ape la nak jadi kat dunia ni...
buang anak..
cabul..
rogol...
bunuh...
lesbian...
gay...
tak hormat ibubapa...
pentingkan duit..
rasuah...
tak amanah...
tak jujur....
semua ni tanda kiamat tau...
jom kiter semua renungkan...



1. Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]


2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik


3. Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah



4. Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.



5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim


6. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan


7. Ramai orang soleh meninggal dunia (huhuh...Arwah Ustaz Asri..)
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad



8.Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani



9. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad




10.Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."



11.Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani”



12. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim



13. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad




14. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim



15. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa




16. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari



17. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai



18. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi



19. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.



20.Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.



21.Orang akan melakukan homoseksual.



22.Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)


23.Berkurangnya sifat amanah



24.Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)


25.Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


26.Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya


27.Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid



28.Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik



29.Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi




30.Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
31.Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...



32.Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)



33.Memandang rendah kepada darah
“Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad




34.Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad



35.Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



36.Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah



37.Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim



38.Banyaknya berlaku gempa bumi



39.Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan



40.Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]




41.Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba




42.Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy

1 comment:

azhariahzuber said...

kesian tgk baby cantik dihurung semut..rasanya org tu tak susah nak mengandung n beanak kut