Monday, July 5, 2010

Jom relaxkan minda dengan ketawa..

Lawak1

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik
: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter
: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik
: Makcik nak melintas aja.

Lawak 2


Bangla dan rakannya sedang berbual
Bangla :
Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan :
Wah mesti awak gembira
Bangla :
Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan :
?????

Lawak 3


Di sekolah tabika.
Cikgu
: Amri, awak ada berapa beradik?
Amri
: Tiga, cikgu
Cikgu
: Awak yg paling tua?
Amri
: Tak. Atuk saya....

Lawak 5


Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse
: Ko tulis surat kt sapa?
Gila
: Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse
: Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila
: Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.

Lawak 6


Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda
: Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak
: Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda
:! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak
: Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda
: Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

1 comment:

azhariahzuber said...

mana lah dpt lawak2 ni ek? best