Sunday, July 4, 2010

Kisah teladan

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah
ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan
dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika
ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada
Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr
Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang
selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya.
Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu
mencari ruang mencari ibu DrHD, akhir nya terlihat ibunya sedang sujud
dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit
kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud.
firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat
dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam
masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan
dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan
ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada
jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din
dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT
KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh
masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya
anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2
adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri
ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg
hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya
ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD
dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan
jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu,
mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga
se"alim" sedemikian.

Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak
hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang
disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya
yang mulia dan ALIM nya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya
melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik
menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah
ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat
mustajab... Bahagia dunia akhirat...

No comments: