Timbalan Menteri Kita telah menemakan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Pilihanraya Kecil...adakah ini tanda mereka cari pasal serta 'black sheep' kekalahan atau main tangkap muat sahaja...saya quoted dari blog Tun Dr. Mahadhir..
"1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.
2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.
3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah."
Beliau secara terangan telah 'memesan' agar meletakan calon yang bersih...sebab letak mana - mana calon pun mereka akan menang gak..(ader orang kampung cakap BN ni letak monyet pun orang pangkah...mereka tak tengok kepada calon tapi parti..)..begitulah persepsi orang terhadap BN...
Apakah tindakan Najib dan Muhyiddin untuk menyelamatkan Parti BN????....dan adakah pemikiran rakyat Malaysia terutama di kawasan kampung akan berubah dan membuka minda...Mari kita lihat kesudahan nyer nanti...
1 comment:
kalau menang majoriti 2K maknanya merosot..sebab PRK semua jentera bergabung.. berbanding PRU..
Post a Comment