Monday, September 14, 2009

Resepi Minggu ini..

Jom Mencuba....


Puding Jagung Kastard

BAHAN
• 1 liter susu segar
• 150 gm gula
• 130 gm tepung kastard
• 1 tin kecil jagung

CARA MEMBUATNYA :

1. Didihkan 750ml susu bersama gula dalam periuk dengan api sederhana. Biarkan.
2. Sementara itu,masukkan 250ml susu ke dalam tepung kastard dan kacau hingga sebati.
3. Campurkan adunan kastard ke dalam susu mendidih tadi dan kacau sebati.
4. Masukkan jagung dan kacau lagi sehingga nampak berkilat.
5. Padamkan api dan teruskan tuang ke dalam acuan.
6. Sejukkan sebelum dimakan.





Jom cuba Jeli Ribena...

Bahan - Bahan nya:
1 paket jeli Konnyaku
75ml Pati Blackcurrent

salad buah:
4 sudu teh gula kastor
4 sudu teh air panas
1 sudu kecil jus lemon
2 cawan mix fruit (suggented fresh fruit..good for health)

Cara - cara nak sedia adalah:


1. Sediakan jeli mengikut arahan paket, tetapi kurangkan kandungan air sebanyak 75ml dan jangan ,sukkan gula. Apabila jeli telah larut, alih periuk daripada api, masukkan pati Blackcurrent Ribena dan kacau. Tuangkan serta - merta ke dalam acuan jeli dan sejukkan sehingga keras.


2.Kacau gula dan air panas sehingga gula larut. Campurkan jus lemon. Apabila telah sejuk, tuangkan pada buah - buahan dan masukkan ke dalam peti sejuk.


3. Apabila sedia untuk dihidangkan, keluarkan jeli daripada acuan dan hidangkan bersama salad buah - buahan tadi...

Jom mencuba nak...saya sendiri terliur...ekekek..

No comments: