Salam Semua...Salam 1Malaysia....
saya mendapat email dari suami saya bekenaan penapis air...actually itu adalah topic perbualan kami di rumah dah brape ari dah...topic samer...smp tak larat nak pikir dah..begini...ikuti segman dalam 1 ruang forum berkenaan penapisan air....
1) yang penting tak guna kuasa elektrik.... sebab molekul air akan mati sebenarnye bila kita masak air tu. sebab tu kalau orang kampung die panggil air masak biasa ni air mati.
persoalan/fakta lain-->boleh tak jelaskan apa maksud molekul air tu mati? maksud aku dari penerangan dari segi kimia.
2) yang penting skali ko guna penapis air... ape2 brand pun tak kisah... sebab bila kita ambik air paip secara terus dan masak.... sebenarnyer hanya kuman yang mati.... klorin dalam air tetap ada... sebab tu time korang masak nasi kat bahagian penutup rice cooker tu ade kuning2... tu sebenarnya klorin.
persoalan/fakta lain-->klorin ditapis oleh activated carbon. Bukan bergantung pada penapis biasa. Kebanyakkan penapis air mmg ada activated carbon.
3) air yang elok mestilah bersifat alkali.... untuk air yang bersifat alkali nilai ph nyer mustilah 7 keatas... bioaura tak silap aku 9 keatas kira baguslah tu... air zam zam kalau test alkali kat malaysia ph nyer lebih kurang 11... tapi kalau kat mekah kita test 13 keatas... sebenarnyer air RO yang korang beli tepi2 jalan tu ph die baru 6. dan satu ilmu untuk beli air mineral water pas ni tengok dulu nilai ph die... pastikan 7 keatas baru bagus...
persoalan/fakta lain-->maaf, tapi rasanya statement ni bertentengan dengan yg aku tahu pasal air. Setahu aku, piawaian air minum hendaklah pH antara 6-8. Sebenarnya, masa kat loji rawatan air, kita boleh tentukan pH air yg nak dibekalkan. Kita sengaja setkan nilai pH air dalam range tu. Air, sama ada dalam keadaan terlalu berasid atau terlalu alkali juga boleh menyebabkan corrossion. Apa itu pH? pH adalah kadar kepekatan ion hidrogen, jika pH melebihi 7, apa yg disukat ialah kepekatan ion OH.
persoalan/fakta lain-->camne penapis air boleh mengubah pH air? apa yg ditambah ke dalam air tu dan apakah methodnya?
4) bio aura bagus sebab die ada 6 penapis yang berlainan fungsi die... penapis A die berfungsi untuk menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria. ceramic die punyer liang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%, yang ni kita kene bersih skali seminggu. he he he aku ade die punyer penplet budak hai o kempen kat aku soh join... last nak tutup mulut aku ambik bioaura ngan die bayar satus sbulan.
persoalan/fakta lain-->mmg bagus. Tapi ingat, saiz 0.9 mikron masih belum mampu nak tapis kebanyakkan bakteria. So, sebenarnya air tersebut masih belum selamat diminum. Size E-coli adalah antara 0.5-0.7 mikron. Lebih kecil dari penapis tersebut
5) penapis B Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.
persoalan/fakta lain--> bau ditapis oleh activated carbon
6) penapis C Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpai. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral
persoalan/fakta lain-->errr...correct me if I'm wrong, rasanya activated carbon tak mampu nak buang logam berat. Logam berat perlukan chemical treatment atau sekurang2nya mangkin untk dinyahkan i.e: TiO2
persoalan-->pelembutan molekul air? aku rasa lebih tepat kalau sebut pelembutan air sebab bila menyebut pelembutan molekul air, ia merujuk kepada H2O itu sendiri. Camne nak lembutkan molekul? Yg aku tahu, pelembutan air bolehla. Kita buang hardness dalam air tu, iaitu Mg dan Ca.
7) Penapis D Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.
persoalan/fakta lain-->macam mana penapis air nak buang bahan radioaktif dan logam berat? termasuk racun? Kita masih perlukan rawatan kimia
8)Penapis E Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.
persoalan/fakta lain-->pecahkan molekul air? camne tu? H2O dipecahkan? jadi apa? jadi H2 dan O2? dah jadi gas dah tu...camne nak minum?yg biasa aku dengar, diorang claim pecahkan kluster air. untuk makluman, air mempunyai ikatan hidrogen antara molekul. ikatan hidrogen adalah ikatan kovalen yg terkuat. untuk pecahkan ikatan ni, tenaga diperlukan. So, mana datang sumber tenaga penapis ni? Ingat, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ia cuma berubah bentuk. (Hukum Termodinamik Pertama)
9) penapis F hak ni bagus die sebab die pakai teknologi nano berfungsi untu menstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.
persoalan/fakta lain-->lebih kurang cam persoalan air beralkali tadikalau nak guna kita kene minum sekurang2 nyer 13 gelas sari baru nampak kesan die.... air ni juga kite bleh buat rendam kaki, die mengeluarkan toksin2 dalam badan.... adik aku ade kene penyakit kulit alhamdulillah pakai air bioaura dengan izin tuhan dah elok 2 minngu jer pakai.... skang ni dah takder masalah....
soalan2/kenyataan2 aku di atas selalu aku tanya pada ejen2 penapis air dan belum pernah terjawap. Don't take me wrong, bukan aku anti penapis air, cuma aku rasa dakwaan diorang agak melampau malah ada yg bertentangan ngan apa yg aku tahu. Aku akui, penapis air adalah bagus, cuma jangan bayar lebih dari apa yg kita dapat...
begitulah segmen forum yang saya katakan...anyway...apakah kriteria yang anda semua guna untuk ciri - ciri penapis air yang baik???
nak tahu gak...saya tak beli lagi ni...risau plak....can anyonw help me???
7 comments:
Fuuhhhh...sungguh tak tercapai dek akal ku...kite baca je..tapi kite pun terbeli gak.hehehe..
ler... abis siapa beli dan pakai tuh?? hehehe..
soklan2 nie la menyebabkan kak jana tak beli lagipenapis air. tak larat argue ngan en sharin dahhh... huehueheue
info terima kasih lelaki kena tau juga kan?
ooo... pening...
tak perlu pening kepala. ambil sampel air tapis tu...kemudian hantar jabatan kimia untuk test.
sye syorkan bio-aura..sila lihat di cni..http://bio-aura4u.blogspot.com
Post a Comment